11 November, 2011

LARIAN AMAL DOWN SYNDROME

1st "BUDDY WALK" with Down syndrome 2011 at Kota Kinabalu, Sabah.



Dihadiri lebih kurang 200 orang termasuk 30 kanak-kanak Down syndrome berumur antara 2 hingga 18 tahun beserta ahli keluarga dan sukarelawan.
Diharapkan acara sebegini dapat dilebarkan ke pantai timur Sabah seperti daerah Lahad Datu, Sandakan, Semporna dan Tawau.

Syabas kepada pihak penganjur...!

07 November, 2011

LETIH BELAJAR...?

 
Bila penat belajar, anda perlu rehat....
Bertanyalah dengan orang yang berpengalaman.....
bagaimana untuk berehat dengan betul....

I do it now!!

18 October, 2011

PANDUAN MEMILIH SEKOLAH MENENGAH 2012...?

Pening kepala ke nak pilih sekolah menengah nanti?


Bincanglah bersama dengan orang yang anda sayangi. Siapa lagi kalau bukan IBU BAPA anda...!

Buatkanlah mereka gembira bersama-sama pilihan anda...

Anda pasti gembira apabila anda dapat gembirakan ibu bapa anda...


Sesungguhnya, pelajar yang cemerlang akan tetap menjadi Pelajar Cemerlang walau di mana sekolah yang dipilih.....!

I do it now...!

15 October, 2011

PELAJAR CEMERLANG

Apa fungsi pelajar?
Fungsi pelajar ialah kena belajar.
ya ... pelajar ... b-e-l-a-j-a-r ... be-la-jar ............ belajar
ulang sekali lagi...............
pe-lajar............be-lajar 
(perasan tak sebutannya....)
pelajar fungsinya belajar.... habis.


Alaaa.... ada pilihan lain ke?
emmmm..............
macam tiada pulak......


Kenapa? 
Sebab semua ciptaan akan cemerlang apabila dapat menjalankan fungsi asalnya.  


Fungsi Matahari .......memancarkan cahaya.
Fungsi Tumbuh-tumbuhan .......mengeluarkan Oksigen.
Fungsi Rumah........perlindungan .
Fungsi Telefon.......komuikasi. 
Fungsi Mata...........melihat.
Fungsi Telinga........mendengar.


Jadi, memang mudah untuk menjadi Pelajar Cemerlang.....!

ya................. anda memang seorang pelajar cemerlang.......!


i do it now....!!

13 October, 2011

MALAS atau CERDAS...?

Cerdas mempunyai ciri-ciri Malas..
tetapi; Malas tidak boleh dianggap Cerdas.

Ada Persamaan?

Ada iaitu kedua-duanya tidak berusaha berlebihan atau mengelak menggunakan tenaga yang banyak.

Apa Perbezaan?

Cerdas


Berada dalam kelompok yang benar dengan pemantauan oleh pihak yang berpengalaman seperti Guru, Ibu bapa, Kaunselor dan Pembimbing.
   
    Malas
Salah guna Petua, Panduan, Teknik dan Strategi bagi niat menjadi hebat dalam sekelip mata dan;
Tidak ada dorongan dalaman untuk mencuba lagi setelah mengalami kegagalan.
     

14 September, 2011

PENDAFTARAN PUSAT TUISYENPURI 2012

Kami mengalu-alukan pendaftaran pelajar bermula dari bulan November 2011

19 August, 2011

DISIPLIN : ELEMEN KECEMERLANGAN PELAJARAN Disediakan oleh: MOHD SHAIFULIZAM BIN ABD SALAM

Definasi
Disiplin merupakan latihan pemikiran dan kelakuan diri supaya dapat mengawal diri dan patuh pada tatatertib.

Persepsi Masalah Disiplin
Bagi sesetengah orang, masalah disiplin pelajar bermaksud masalah dalam tingkah laku pelajar yang sering bersikap agresif, mengganggu pihak lain dan suka membuat kerosakan. Sebenarnya, skop disiplin bukan hanya tertumpu kepada perkara yang bersifat negatif semata-mata tetapi juga merangkumi kepada kelakuan berlebihan dari kebiasaan. Justeru, pelajar yang bersikap pendiam keterlaluan dan tidak pandai bergaul dengan orang lain juga dikatakan menghadapi masalah disiplin.

Punca
Pelajar yang mempunyai masalah disiplin kemungkinan sentiasa rasa takut, keliru, dimalukan atau menganggap rendah harga diri. Sebaliknya, pelajar yang berasa dirinya disayangi dan dilindungi akan merasa gembira dan yakin. Maka, pelajar dikatakan berdisiplin apabila berada dalam kebiasaan tingkah laku yang diterima oleh kumpulan-kumpulan tertentu.

Pendekatan Mengatasi Masalah Disiplin
  • Tanggung jawab para pendidik atau pembimbing khususnya ibu bapa adalah sangat berat. Peringkat pelajar di alam persekolahan merupakan satu tempoh yang penting bagi perkembangan kognitif, kemahiran motor, kreativiti dan bersikap positif terhadap kehidupan sekeliling.
  • ·         Motivasi merancang dan mematuhi Jadual Belajar setiap minggu;
  • ·         Sifat sayang terhadap peralatan belajar buku, meja, guru dan sekolah;
  • ·         Yakin dan bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan terhadap faktor-faktor kejayaan;
·         Meningkat kemahiran berkomunikasi dan bertanya soalan.

Cadangan Aktiviti
  • ·         Membuat Jadual Belajar;
  • ·         Membalut buku-buku latihan;
  • ·         Tulisan kemas dan cantik;
  • ·         Menetapkan sasaran realistic;
  • ·         Kuiz;
  • ·         Kebersihan dan Penampilan Diri;
  • ·         Kata-kata ringkas seharian bertujuan memohon, mengarah, memarahi, menyindir atau berdiam.
   
Penutup
Sebenarnya banyak aktiviti yang mudah tetapi sangat signifikan kesannya boleh dikemukakan jika pembimbing memfokuskan disiplin sebagai satu pendidikan. Bimbing pelajar mengikut peraturan yang wujud di persekitaran mereka seperti dalam bilik darjah, sekolah, rumah atau masyarakat. Usaha dinamik meningkatkan disiplin sangat penting semasa memberi sokongan terhadap pelajar bagi mencipta kejayaan dalam pelajaran mereka.    


TAMAT
18/8/2011