19 August, 2011

DISIPLIN : ELEMEN KECEMERLANGAN PELAJARAN Disediakan oleh: MOHD SHAIFULIZAM BIN ABD SALAM

Definasi
Disiplin merupakan latihan pemikiran dan kelakuan diri supaya dapat mengawal diri dan patuh pada tatatertib.

Persepsi Masalah Disiplin
Bagi sesetengah orang, masalah disiplin pelajar bermaksud masalah dalam tingkah laku pelajar yang sering bersikap agresif, mengganggu pihak lain dan suka membuat kerosakan. Sebenarnya, skop disiplin bukan hanya tertumpu kepada perkara yang bersifat negatif semata-mata tetapi juga merangkumi kepada kelakuan berlebihan dari kebiasaan. Justeru, pelajar yang bersikap pendiam keterlaluan dan tidak pandai bergaul dengan orang lain juga dikatakan menghadapi masalah disiplin.

Punca
Pelajar yang mempunyai masalah disiplin kemungkinan sentiasa rasa takut, keliru, dimalukan atau menganggap rendah harga diri. Sebaliknya, pelajar yang berasa dirinya disayangi dan dilindungi akan merasa gembira dan yakin. Maka, pelajar dikatakan berdisiplin apabila berada dalam kebiasaan tingkah laku yang diterima oleh kumpulan-kumpulan tertentu.

Pendekatan Mengatasi Masalah Disiplin
  • Tanggung jawab para pendidik atau pembimbing khususnya ibu bapa adalah sangat berat. Peringkat pelajar di alam persekolahan merupakan satu tempoh yang penting bagi perkembangan kognitif, kemahiran motor, kreativiti dan bersikap positif terhadap kehidupan sekeliling.
  • ·         Motivasi merancang dan mematuhi Jadual Belajar setiap minggu;
  • ·         Sifat sayang terhadap peralatan belajar buku, meja, guru dan sekolah;
  • ·         Yakin dan bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan terhadap faktor-faktor kejayaan;
·         Meningkat kemahiran berkomunikasi dan bertanya soalan.

Cadangan Aktiviti
  • ·         Membuat Jadual Belajar;
  • ·         Membalut buku-buku latihan;
  • ·         Tulisan kemas dan cantik;
  • ·         Menetapkan sasaran realistic;
  • ·         Kuiz;
  • ·         Kebersihan dan Penampilan Diri;
  • ·         Kata-kata ringkas seharian bertujuan memohon, mengarah, memarahi, menyindir atau berdiam.
   
Penutup
Sebenarnya banyak aktiviti yang mudah tetapi sangat signifikan kesannya boleh dikemukakan jika pembimbing memfokuskan disiplin sebagai satu pendidikan. Bimbing pelajar mengikut peraturan yang wujud di persekitaran mereka seperti dalam bilik darjah, sekolah, rumah atau masyarakat. Usaha dinamik meningkatkan disiplin sangat penting semasa memberi sokongan terhadap pelajar bagi mencipta kejayaan dalam pelajaran mereka.    


TAMAT
18/8/2011

No comments:

Post a Comment